Sunnah Dan Faedah Memanah, Berkuda, Berenang.
1. Memanah
Rasulullah
SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah
mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah
menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.
Bersabda
Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana
memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan
Thabarani)
Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui
satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang
pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW
bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada
bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah,
aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)
.
Kebaikan
Memanah
Melatih
emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik
beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat
mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan
menstabilkan emosi.
Individu
yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya
tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan
melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu
kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang
dari segi fizikal dan mental.
.
.
2.
Berkuda
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan
pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu
kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain,
Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)
Taruhan
yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang
dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya
saja, tetapi dari orang-orang lain juga.
Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa
yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi
yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu
yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram,
makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).
Dan
Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis:
kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang
disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya
dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda
yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia
pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya
(hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim.
Kebaikan
Dari Segi Kesihatan
Berkuda
amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala
hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk
lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala
masalah tulang belakang manusia.
Semasa
pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan
vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan
harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut,
sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan
natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh
anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem
penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ
perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara
optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya
bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan
tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut
mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan
‘galloping’ kuda.
.
.
3. Berenang
Rasulullah
SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda,
berenang dan memanah”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah
SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan
zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang
laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik
kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.”
(Riwayat Thabarani)
Semasa
berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk
membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota
tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
Berenang
juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
.
4. Gusti
Malah,
ada riwayat menyatakan Rasulullah SAW pernah bergusti dengan ahli gusti kafir
Quraisy bernama Rukanah Bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila
mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya.
Syarat
pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukanah akan memeluk Islam.
Keputusannya, Rasulullah SAW dapat mengalahkan Rukanah dan memenangi
pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu. Akhirnya, ahli sukan
Quraisy itu memeluk Islam.
.
.
5.
Berlumba Lari
Dalam
satu kisah lain, Rasulullah SAW pernah bertanding berlumba lari dengan
isterinya, Saidatina Aisyah ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan
ada ketikanya Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu.
Semua
ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga
menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini
semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan
melalui sukan.
.
.
6. Peringatan
Dalam
keghairahan berriadah dan bersukan, janganlah mengabaikan perkara yang dilarang
syariat seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
selain lalai menunaikan kewajipan solat. Hindari acara sukan yang membabitkan
perjudian.
Firman
Allah: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami
turunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian
perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang
demikian itu adalah daripada tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada
hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (Surah
al-A’raaf, ayat 26)
.
Satu
perkara yang perlu diambil berat ialah sikap dan mentaliti penonton tatkala
memberi sokongan kepada pasukan pilihan mereka. Jangan kerana terlalu taksub
dengan pasukan kesayangan sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan
biadap terhadap pemain lawan.
Allah
SWT berfirman: “Dan taatlah kamu kepada Allah
SWT dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak
nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah
(menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya
Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang
sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)
.
Perkara
yang paling sukar bagi mereka terbabit dalam sukan adalah menerima kekalahan
dengan hati yang terbuka. Islam mengajar kita supaya tenang, berjiwa besar,
reda, wasatiah dan bersikap rasional tatkala menerima keputusan di akhir
pertandingan.
Paling
menyedihkan, ada segelintir peminat sukan yang bergaduh sesama sendiri kerana
bersikap emosional serta mudah mengikut telunjuk hawa nafsu.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah
kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun
keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan,’ sabda Rasulullah
SAW, ‘adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan
tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah
balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan”
(HR Ibnu Majah).
Sukan
bukan sekadar menguji kekuatan dan kehebatan fizikal tetapi lebih jauh lagi ia
membina hubungan ukhuwah serta silaturahim demi perpaduan ummah. Janganlah kita
mudah dihasut oleh syaitan yang ingin melaga-lagakan umatnya supaya sentiasa
bertelingkah dan bermusuhan.
.
Nikmat
kesihatan yang dikurniakan Allah SWT wajar dimanfaatkan secara betul menurut
landasan syariat supaya kita menjadi mukmin atau mukminah bertakwa kepada Allah
serta bersedia menabur khidmat dalam masyarakat.
.
Wallahu A’lam bishowab
No comments:
Post a Comment