Riadah
Sukan Cara Rasulullah SAW
Berenang, Berkuda, Memanah / Berkuda / Berenang Sunnah Nabi, Riadah / Sukan Cara Islam / Sunnah Rasulullah SAW, Sunnah Dan Faedah Memanah. Leave a Comment
بسم الله الرحمن
الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Islam
agama syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa
meminggirkan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi
sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat
cerdas pemikiran dan kuat fizikal.
Umat
Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan
melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan
seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh
khusyuk.
.
Rasulullah
SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar
daripada sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan
fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang
sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap
umat Islam.
Rasulullah
SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik
dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.”
(Hadis riwayat Muslim)
Banyak
hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah
SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.
Sabda
Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak
panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment